Definisi & Kepentingan Reka Bentuk Visual

Dalam mengenali seni grafik, prinsip asas yang perlu kita terokai adalah reka bentuk visual. Ia bukanlah media yang bersifat  bahan cetakan. Malah ia merupakan media yang bercirikan imej dan dapat dilihat melalui media elektronik. Kualiti visual atau imej amat mempengaruhi keberkesanan sesuatu reka bentuk.








            Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah reka bentuk membawa maksud mencipta atau menghasilkan sesuatu perkara atau bahan yang baharu. Melihat dari aspek pendidikan, reka bentuk merujuk kepada proses menentukan keadaan untuk pembelajaran. Menurut Rozinah Jamaludin (2002), tujuan reka bentuk ialah untuk merancang strategi dan menghasilkan produk pada tahap makro seperti program dan kurikulum serta pada tahap mikro iaitu pengajaran dan modul.



Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah visual pula bermaksud imej yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer. Dari aspek pendidikan pula, visual merupakan alat komunikasi berbentuk imej yang mampu menyampaikan isi pengajaran kepada murid dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan lisan atau penyataan bertulis. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa reka bentuk visual berperanan sebagai media pengajaran berbentuk teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.



Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur


Rozinah Jamaludin (2002). Teknologi Pendidikan: Siri Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.