Tips Reka Bentuk Visual Yang Menarik



a.     Elakkan terlalu banyak maklumat dalam sesuatu reka bentuk.






b.     Sebolehnya pastikan reka bentuk yang dihasilkan menggunakan nisbah yang betul.

Contohnya, seimbangkan jumlah perkataan yang sesuai bagi “header” dan
“teks”. 






c.      Pastikan kedudukan, jenis, warna dan saiz teks bersesuaian dengan tajuk dan senang untuk difahami.




d.     Elakkan menggunakan imej atau ilustrasi yang keterlaluan kerana ia melambangkan reka bentuk yang dipersembahkan dengan lebih jelas. 




Dipetik & diubahsuai daripada: http://cikbiologist.blogspot.my
Sumber imej: www.google.com

Elemen & Prinsip Reka Bentuk Visual

Eleman reka bentuk visual
Elemen reka bentuk visual merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan. Elemen reka bentuk visual dapat dibahagikan kepada enam jenis seperti yang digambarkan di bawah.



Rajah 1: Elemen reka bentuk visual


a.     Ruang /space

Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. Ruang biasanya diletakkan sebagai salah satu elemen untuk menampakkan kekemasan dan teraturnya serta menimbulkan rasa lapang atau selesa untuk visual-visual yang dipaparkan. Ruang kosong yang ditunjukkan adalah untuk memberikan perasaan selesa untuk pemerhati menonton visual kita. 
  

Gambar 1: Permukaan latar dinding yang memberi kesan ruang di sekeliling meja makan
Sumber: internet


b.     Garisan / line

Garisan merupakan cantuman satu siri titik yang menjadi unsur terpenting dalam aktiviti melukis, menulis dan menggambar (rujuk gambar). Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.




Gambar 2: Contoh titik yang membentuk garisan
Sumber: internet



c.       Permukaan / surface

Permukaan atau jalinan merupakan ciri permukaan bagi sebarang bahan yang mempengaruhi rupa atau rasa permukaan di dalam dua dimensi. Permukaan boleh diubah dan diolah dengan  memberi warna dan tekstur. Garis dan tekstur boleh memberi kesan yang berbeza kepada visual. Garisan boleh diolah untuk menjadikan visual lebih menarik seperti mempunyai kesan pegerakan, kedutan atau sebagainya.



Gambar 3: Garisan yang membentuk kedutan
Sumber: internet



d.      Warna / colour

Warna yang terdiri daripada komponen cahaya berfungsi secara simbolik bagi mempengaruhi pemikiran, mood, tindak balas serta kesihatan manusia. Warna memainkan peranan dalam membentuk sesuatu reka bentuk visual. Warna dapat memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara elemen dan objek. Walaupun begitu, penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan bahasanya. Tambahan lagi, tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.



Gambar 4: Perbezaan jarak garisan dapat memberi kesan ton warna cerah dan gelap
Sumber: internet


e.     Bentuk Dua Dimensi / shape

Bentuk ialan kawasan yang menonjol keluar daripada ruang yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim  serta mempunyai lebih daripada satu permukaan. Setiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain.

Contoh bahan-bahan yang dilukis atau dicetak di atas permukaan rata atau kertas adalah seperti:

1.   Gambar                   
2.   Carta                       
3.   Graf                         
4.   Kad imbasan      
5.   Kad gambar
6.   Grafik
7.   Poster
8.   Peta



Gambar 5: Contoh lukisan bentuk dua dimensi
Sumber: internet



f.       Bentuk Tiga Dimensi/form

Mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Terdapat dua bentuk tiga dimensi iaitu:

1.   Tiga dimensi sebenar
2.   Tiga dimensi tiruan




Gambar 6: contoh lukisan tiga dimensi dalam lukisan
Sumber: internet


2.2 Prinsip reka bentuk visual

Prinsip reka bentuk visual membantu kita bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen dalam reka bentuk. Ia juga membantu menghasilkan visual yang lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Antara prinsip reka bentuk visual adalah seperti berikut: 


                   C-  CONTRAST
               A- ALIGNMENT
               S- SIMPLICITY
               P- PROXIMITY
               E- EMPHASIS
               R- REPETITION


 
 











a.     C - Contrast (kontras)

·                     Dua item yang berbeza dapat diperlihatkan dengan ketara. 
·                     Ideanya adalah untuk menonjolkan kontras antara imej, warna  
           dan tipografi.


Gambar 7: Perbezaan antara pemilihan imej, warna dan tipografi
Sumber: Laman web




b.      A - Alignment (Seimbang)

·                  Elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap
          bahagian reka bentuk.
·                  2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
·                  Penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan
          keseimbangan.

                                                  

                       Gambar 8: Konsep keseimbangan antara jarak dan warna
Sumber: internet


c.      S - Simplicity (Simplisiti)

·                     Rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.
·                     Mengandungi sedikit elemen kerana mudah dilihat
·                     Hadkan 15 atau 20 patah perkataan dalam satu visual tayangan.
·                     Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.



Gambar 9: Konsep simplisiti dalam visual
Sumber: internet


d.      P - Proximity (Penyatuan)

·                  Perhubungan lahir di antara elemen-elemen visual apabila
          elemen-elemen tersebut berfungsi sebagai satu keseluruhan.
·                  Diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan,
          bentuk-bentuk tertentu dan warna.



Gambar 10: Konsep elemen grafik yang membentuk satu keseluruhan
Sumber: internet


e.     E- Emphasis (Dominan)

·                     Pusat penumpuan atau minat.
·                     Objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan
            dibaca maksudnya. 


Gambar 11: Gambaran pekerjaan kampung menjadi unsur dominan dalam lukisan
Sumber: internet


f.       R – Repetition

·                     Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu.




Dipetik dan diubahsuai:



Definisi & Kepentingan Reka Bentuk Visual

Dalam mengenali seni grafik, prinsip asas yang perlu kita terokai adalah reka bentuk visual. Ia bukanlah media yang bersifat  bahan cetakan. Malah ia merupakan media yang bercirikan imej dan dapat dilihat melalui media elektronik. Kualiti visual atau imej amat mempengaruhi keberkesanan sesuatu reka bentuk.








            Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah reka bentuk membawa maksud mencipta atau menghasilkan sesuatu perkara atau bahan yang baharu. Melihat dari aspek pendidikan, reka bentuk merujuk kepada proses menentukan keadaan untuk pembelajaran. Menurut Rozinah Jamaludin (2002), tujuan reka bentuk ialah untuk merancang strategi dan menghasilkan produk pada tahap makro seperti program dan kurikulum serta pada tahap mikro iaitu pengajaran dan modul.



Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah visual pula bermaksud imej yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer. Dari aspek pendidikan pula, visual merupakan alat komunikasi berbentuk imej yang mampu menyampaikan isi pengajaran kepada murid dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan lisan atau penyataan bertulis. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa reka bentuk visual berperanan sebagai media pengajaran berbentuk teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.



Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur


Rozinah Jamaludin (2002). Teknologi Pendidikan: Siri Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur
Powered by Blogger.